Pages

Sunday, July 3, 2011

What Type of Player are You?

The below excerpt is taken from Andrea Hirata's latest novel, Cinta di Dalam Gelas.


I sincerely think that this guy is a genius! I had written an entry about him. Please, do read it and you'll see why.
The point of posting this excerpt is because this excerpt is thought provoking. It is so thought provoking that I feel like it will be selfish of me to not share it in the first place. To my non Malay readers who doesn't understand the Malay language, I'm so so sorry. I'm just too lazy to translate this excerpt into English :(



Mereka yang menghirup kopi pahit umunya bernasib sepahit kopinya. Semakin pahit kopinya, semakin berliku-liku petualangannya. Hidup mereka selalu diintai mara bahaya. Cinta? Berantakan. Isteri? Ditinggalkan. Perniagaan? Kena tipu. Namun, mereka tetap mencuba dan mencipta. Mereka naik panggung dan dimalukan. Mereka menang dengan gilang-gemilang lalu kalah teruk. Mereka jatuh, bangun, jatuh, dan bangun lagi. Dalam dunia pergaulan zaman moden ini mereka disebut para player.


Mereka yang takaran gula, kopi dan susunya seimbang umunya adalah pegawai pejabat yang bekerja rutin dan berirama hidup itu-itu sahaja. Mereka tidak lain lelaki do-re-mi dan mereka telah kahwin dengan seseorang bernama bosan. Kelompok anti perubahan ini melingkupi diri dengan selimut dan tidur nyenyak di dalam zon yang nyaman. Kadar gula, kopi dan susu itu mencerminkan keperibadian mereka yang enggan mengambil risiko. Tanpa mereka sedari, kenyamanan itu membuat waktu, detik demi detik, mengikat mereka.
Satu pagi Jumaat, mereka berangkat kerja berpakaian olahraga. Usai senam kesegaran jasmani, ada upacara kecil penyerahan surat keputusan pencen.
Itulah senaman paginya yang terakhir.
Itulah hari tugasnya yang terakhir.
Tamatlah riwayatnya.
Sering kutemui, orang seperti itu mengatakan hal begini di warung kopi.
"Ah, rasanya baru kelmarin saya masuk kerja."
Kelmarin itu adalah 30 tahun yang lalu.
"Tahu-tahu sudah pencen saya, ni?"
Dia memesan kopi dengan takaran yang sama seperti pesanannya kepada datukku, di warung yang sama, 30 tahun yang lalu. Wajahnya sembap kerana tahu waktu telah melewatinya begitu sahaja. Masa mewah bergelimang waktu dan kemudaan telah mengewap daripadanya, dan dia sedar tidak pernah berbuat apa-apa. Tidak pernah menjadi imam di masjid. Tidak pernah naik mimbar bagi menyampaikan paling tidak satu ayat, sesuai perintah Ilahi. Tidak pernah membebaskan satu jiwa pun anak yatim daripada kesusahan. Duduklah dia di sudut sana menghirup kopi dua sudu gula yang menyedihkan itu. Kaum ini disebut para safety player.


Ada pula satu kaum yang disebut sebagai semi player. Cirinya: empat sudu kopi, ini termasuk keras, tetapi  ditambah gula, setengah sudu sahaja. Orang ini merupakan ahli pada bidangnya. Mereka bertangan dingin dan penuh perhitungan. Mereka bukan jenis pegang-lepaskan-pegang-lepaskan. Mereka adalah jenis pegang-cengkeram-telan. Namun adakalanya mereka adalah pencinta yang romantis. Takaran kopi semacam itu membuat mereka merasakan pahit dekat tenggorokan, namun terbersit sedikit manis di hujung lidah. Bagi mereka, hal itu seksi!


Mereka yang memerlukan susu lebih banyak umumnya bermasalah dengan kehidupan rumah tangga. Dalam keadaan yang ekstrem, misalnya sedang terlibat dalam perkara talak menalak di pengadilan , mereka hanya minum air panas dan susu sahaja, tanpa gula dan kopi. Orang-orang ini sering melamun di warung kopi. Tidak tahu apa yang sedang berkecamuk dalam fikiran mereka. Mereka adalah para ex-player.

(Cinta di Dalam Gelas by Andrea Hirata, Mozek 8, pp 36-38)


So, are you a player, a safety player, a semi player or an ex-player? ;)

p/s: If you like this excerpt, do read Andrea Hirata's novels. I assure you, his novels are not a waste of time and money. And they are available in English too :) Again, do read my entry about him.

1 comment: